SELAMAT DATANG KE
KOPERASI VETERAN ATM PERAK BERHAD
KOPVATM
NO PENDAFTARAN: SKM 202358501831
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI KOPVATM
Selamat Sejahtera,
Melalui laman web ini, ahli Lembaga KOPVATM berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini kepada anda supaya anda semua dapat mengetahui tentang program-program serta perkhidmatan yang telah dan juga yang akan disediakan oleh KOPVATM.
Kami berpendapat laman web ini dapat memberi maklumat serta perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa had masa dan batas sempadan supaya anda boleh mengakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Adalah menjadi azam saya dan Ahli Lembaga KOPVATM yang lain untuk menjadikan KOPVATM sebuah koperasi yang cemerlang dan menjadi kebanggaan kepada anda semua sesuai dengan visi, misi serta objektif KOPVATM. Sebagai sebuah organisasi yang berteraskan perkhidmatan KOPVATM akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua ahli.
Semoga maklumat yang ada di laman web kita ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli. Selamat melayari laman web KOPVATM
Sekian, terima kasih.
VISI
- Menjadi sebuah Koperasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawab insiatif pembangunan sosio ekonomi masyarakat.
MISI
- Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua dalam usaha meningkatkan taraf sosial ekonomi dan kebajikan bagi membantu Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga.
- Mengamalkan sikap jujur dan nilai integriti yang tinggi.
OBJEKTIF
- Melaksanakan segala aktiviti pembangunan sosio ekonomi masyarakat untuk ahli-ahli koperasi berpandukan Akta koperasi 1993 dengan tujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi keluarga mengikut prinsip-prinsip perniagaan
- Koperasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia mula mengorek langkah untuk memajukan aktiviti-aktiviti perniagaan di dalam Industri Teknologi Biogas, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Pembinaan, Pembekalan, Peralatan, Pakaian, dan Kelengkapan, Makanan, Minuman dan Bahan Menta